Thursday, January 29, 2009

Dah da la 2 Shah...


Sekali lagi ha..kene balik lewat!Hujan lebat kaw nyer kat luar..menapak lagi memanaskan bontot kat opis..Ape lagi layan internet la tunggu hujan benti.Semua orang da balik,tinggal la aku,Shah and tak lain tak bukan si Cheah sayang!Cheah tuh korang tau la keje die ape,layan TV jer la.Aku ngan c Shah biasa la melayari bahtera...oppsss correction!melayan internet hoke!Ape2 pun statement kene betul kalo tak, ada la gossips besar-besaran suk pagi nyer..Paham2 jer la kat opis ni kan ada CNN and Mama Razzi terbesar..Nanti tak pasal2 jatuh pulak pula popularity aku kan...Dah tak laku...masalah nyer laku ker!Ni ha nak cite si Shah ni tak abih2 nak 'membuli' aku...apa la nasib aku berjompa dengan 'jantan' tak siap nih..Asyik kene bouli jer..da tua2 macam ginie pun da orang nak boili aku,sedi....nak tau die suruh wat pe,wat air untuk dier..Hape...dier ingat aku 'maid' dier or 'wife' dier ker...luahan hoke..Dah wat air pun dok komplain cawan besaq la,hapa la..sedih!Bukan nyer reti nak berterima kasih dengan insan yang lemah macam aku nih..Shah,aku nasihatkan ko kawen cecepat,bila lagi kan?Aku da lama gak tak gi kenduri kekawen taw!Nak harapkan si Wana comel tuh kawen..kawen olok2 la jawab nyer!Wat kenduri pun nak kite orang bawak makan minum sendiri...jangan mare ni luahan ok!!!

CARA-CARA MENGATASI BANJIR


Pelbagai cara dijalankan, antaranya,


Menyediakan Sistem Perparitan;

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.


Projek Pendalaman Sungai;

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.

Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.


Memelihara Hutan:

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit.

Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.

Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.


Mengawal Aktiviti Manusia:

Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.

Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.

Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.